Ada sepasang pasangan teman yang sangat mesra bernama Ashman dan Qaisara. Beliau mengenali diantara satu sama lain sejak mereka di bangku sekolah menengah rendah. Hubungan yang mereka jalinkan tidak diketahui oleh ibu bapa mereka. Setiap hari mereka berkomunikasi diantara satu sama lain. Pada mulanya Ashman dan Qaisara sekolah pada berlainan sesi. Mereka jarang berjumpa satu sama lain . Jikalau hendak memberi barang pon Qaisara akan menyuruh sahabatnya yang bernama Siti untuk memberikan hadiah. Tika itu mereka masih hendak melayani rakan yang lain dalam diam . Sampai lah suatu hari rahsia itu telah diketahui , berlakunya perselisihan fahaman diantara mereka berdua. Hampir 2 hari mereka tidak bermesra seperti biasa. Dari situ bermulalah perasaan rindu yang membuatkan mereka telah membuangkan perasaan ego . Kemesraan mereka sungguh menggembirakan sehingga membuatkan saudara kepada Qaisara yang bernama Noor dengki dengan mereka. Pelbagai perkara yang dilakukan olehnya untuk mengganggu hubungan sepasangan itu. Dia telah cuba untuk mengugut Qaisara agar rahsianya dibocorkan kepada ibu bapa Qaisara. Namun perkara itu tidak jalan. Dia terus ke plan seterusnya iaitu menghantar mesej kepada Ashman agar memutuskan hubungan nya dengan Qaisara. Qaisara berasa sungguh terkejut pabila mendapat tahu berita itu. Dia tidak senang duduk sehinggalah dia menghantar mesej kepada Ashman dengan menggunakan telefon bimbit papanya. Alhamdullilah ketika itu Qaisara bersyukur sangat kerana masih ada peluang kedua untuk bersama dengan Ashman semula. Semenjak daripada itu Ashman was-was tiap kali untuk bermesra dengan Qaisara sehinggalah mereka membuat kata kunci berupa emoji. Pelbagai emoji yang sering digunakan * saya masih tak dapat lupa lagi awak punya.
5 bulan telah pun berlalu, tibalah masanya untuk mereka sekolah pada sesi yang sama. Pada mulanya Qaisara berasa gementar untuk bersua muka dengan Ashman kerana mereka hanya pernah berjumpa dua kali sahaja pada masa itu. Walaupun kelas mereka berbeza namun Qaisara tetap menerimanya walaupun sering ditanya oleh rakan-rakannya kerana bagi Qaisara paras rupa dan tahap kepandaian bukanlah suatu perkara yang harus dibandingkan di dalam sebuah hubungan manakala yang penting hanyalah kesetiaan di sudut hati. Mereka sering sahaja bertemu tetapi tidak pernah bertegur kerana Qaisara masih berperasaan malu-malu kucing pabila berhadapan dengan Ashman. Suatu hari itu Persatuan Silat sekolah mereka telah mengadakan majlis untuk kenaikan aras. Qaisara diajak oleh Siti untuk turut menghadirinya. Di sana Ashman yang merupakan salah seorang ahli silat juga ada. Itulah saat-saat yang menggetarkan Qaisara kerana yang memberi air di barisan hadapannya adalah Ashman kerana tika itu Ashman tidak menyertai pertandingan tersebut. Tamat sahaja majlis silat, Qaisara dan beberapa rakan yang menemani Qaisara dijemput untuk menjamu selera bersama-sama ahli silat. Malam itu , Qaisara terasa sedikit dan takut kehilangan Ashman apabila salah seorang rakan Ashman mengatakan bahawa hubungan mereka tidak akan kekal lama. Tetapi nasib baik Ashman pandai menenangkan hatinya kerana disudut hati Qaisara pada masa itu hanya setia pada Ashman seorang sahaja.
Perjumpaan mereka yang seterusnya adalah apabila Qaisara pulang daripada Cameron Highland. Masa itu adalah genap hari mereka berhubung selama 7 bulan . Qaisara hendak memberikan sepucuk surat dan hadiah yang tidak seberapa mahal kepada Ashman. Itulah pertama kalinya Qaisara berseorangan pabila bertemu dengannya. Tika itu Qaisara hanya mengatakan " Awak nah " dan dia terus meninggalkan tempat itu walaupun dalam perjanjian mereka , Ashman hendak memberi sesuatu . Lantas sahaja Qaisara berlalu pergi rakan-rakan kepada Ashman mengatakan "Gentle gila budak tu! siapa tu weh? ". Detik di hati Qaisara pun bertanya apakah maksud gentle tu ? Sombong ke aku ni. Balik ke rumah saja Qaisara membaca mesej daripada kekasihnya itu yang diletakkan diatas nama (ash mflb) yang mengatakan "awat awak tak tunggu tadi saya baru nak keluarkan hadiah awak tapi awak dah lari" . Emm Qaisara hanya tersengih di meja makan sehingga membuatkan mamanya berasa pelik dengannya.
Nanti smbng la exam dlu