Tuesday, May 3, 2016

Akhirnya bersatu jua

Ada sepasang pasangan teman yang sangat mesra bernama Ashman dan Qaisara. Beliau mengenali diantara satu sama lain sejak mereka di bangku sekolah menengah rendah. Hubungan yang mereka jalinkan tidak diketahui oleh ibu bapa mereka. Setiap hari mereka berkomunikasi diantara satu sama lain. Pada mulanya Ashman dan Qaisara sekolah pada berlainan sesi. Mereka jarang berjumpa satu sama lain . Jikalau hendak memberi barang pon Qaisara akan menyuruh sahabatnya yang bernama Siti untuk memberikan hadiah. Tika itu mereka masih hendak melayani rakan yang lain dalam diam . Sampai lah suatu hari rahsia itu telah diketahui , berlakunya perselisihan fahaman diantara mereka berdua. Hampir 2 hari mereka tidak bermesra seperti biasa. Dari situ bermulalah perasaan rindu  yang membuatkan mereka telah membuangkan perasaan ego . Kemesraan mereka sungguh menggembirakan sehingga membuatkan saudara kepada Qaisara yang bernama Noor dengki dengan mereka. Pelbagai perkara yang dilakukan olehnya untuk mengganggu hubungan sepasangan itu. Dia telah cuba untuk mengugut Qaisara agar rahsianya dibocorkan kepada ibu bapa Qaisara. Namun perkara itu tidak jalan. Dia terus ke plan seterusnya iaitu menghantar mesej kepada Ashman agar memutuskan hubungan nya dengan Qaisara. Qaisara berasa sungguh terkejut pabila mendapat tahu berita itu. Dia tidak senang duduk sehinggalah dia menghantar mesej kepada Ashman dengan menggunakan telefon bimbit papanya. Alhamdullilah ketika itu Qaisara bersyukur sangat kerana masih ada peluang kedua untuk bersama dengan Ashman semula. Semenjak daripada itu Ashman was-was tiap kali untuk bermesra dengan Qaisara sehinggalah mereka membuat kata kunci berupa emoji. Pelbagai emoji yang sering digunakan * saya masih tak dapat lupa lagi awak punya.

5 bulan telah pun berlalu, tibalah masanya untuk mereka sekolah pada sesi yang sama. Pada mulanya Qaisara berasa gementar untuk bersua muka dengan Ashman kerana mereka hanya pernah berjumpa dua kali sahaja pada masa itu. Walaupun kelas mereka berbeza namun Qaisara tetap menerimanya walaupun sering ditanya oleh rakan-rakannya kerana bagi Qaisara paras rupa dan tahap kepandaian bukanlah suatu perkara yang harus dibandingkan di dalam sebuah hubungan manakala yang penting hanyalah kesetiaan di sudut hati. Mereka sering sahaja bertemu tetapi tidak pernah bertegur kerana Qaisara masih berperasaan malu-malu kucing pabila berhadapan dengan Ashman.  Suatu hari itu Persatuan Silat sekolah mereka telah mengadakan majlis untuk kenaikan aras. Qaisara diajak oleh Siti untuk turut menghadirinya. Di sana Ashman yang merupakan salah seorang ahli silat juga ada. Itulah saat-saat yang menggetarkan Qaisara kerana yang memberi air di barisan hadapannya adalah Ashman kerana tika itu Ashman tidak menyertai pertandingan tersebut. Tamat sahaja majlis silat, Qaisara dan beberapa rakan yang menemani Qaisara dijemput untuk menjamu selera bersama-sama ahli silat. Malam itu , Qaisara terasa sedikit dan takut kehilangan Ashman apabila salah seorang rakan Ashman mengatakan bahawa hubungan mereka tidak akan kekal lama. Tetapi nasib baik Ashman pandai menenangkan hatinya kerana disudut hati Qaisara pada masa itu hanya setia pada Ashman seorang sahaja.

Perjumpaan mereka yang seterusnya adalah apabila Qaisara pulang daripada Cameron Highland. Masa itu adalah genap hari mereka berhubung selama 7 bulan . Qaisara hendak memberikan sepucuk surat dan hadiah yang tidak seberapa mahal kepada Ashman. Itulah pertama kalinya Qaisara berseorangan pabila bertemu dengannya.  Tika itu Qaisara hanya mengatakan " Awak nah " dan dia terus meninggalkan tempat itu walaupun dalam perjanjian mereka , Ashman hendak memberi sesuatu . Lantas sahaja Qaisara berlalu pergi rakan-rakan kepada Ashman mengatakan "Gentle gila budak tu! siapa tu weh? ".  Detik di hati Qaisara pun bertanya apakah maksud gentle tu ? Sombong ke aku ni.  Balik ke rumah saja Qaisara membaca mesej daripada kekasihnya itu yang diletakkan diatas nama (ash mflb) yang mengatakan "awat awak tak tunggu tadi saya baru nak keluarkan hadiah awak tapi awak dah lari" . Emm Qaisara hanya tersengih di meja makan sehingga membuatkan mamanya berasa pelik dengannya.

Nanti smbng la exam dlu

Sunday, May 1, 2016

Ditipu dengan muslihat

Terdapat dua orang gadis yang sangat akrab . Persahabatan mereka dijalinkan sejak mereka berumur 6 tahun. Sehinggalah mereka meningkat dewasa iaitu tika berumur 24 tahun mereka tidak pernah berpisah, jikalau bergaduh pun hanya untuk seketika waktu sahaja . Namun kini mereka telah membawa haluan masing-masing walaupun tinggal serumah.  Mereka mempunyai karakter yang berbeza , Afina merupakan gadis biasa yang tidak begitu cantik rupanya tetapi kariernya dan hatinya berjaya menawan hati seseorang. Sedangkan Afika pula merupakan perempuan yang sangat istimewa. Dia cantik orang , rambutnya berkerinting dan berkulit ala-ala minah salleh tetapi  cantik, memiliki rambut yang keriting, tetapi kariernya sangat berbeza dengan wajahnya . Dia merupakan seorang yang suka orang untuk mendengar kata-katanya dan kuat terasa hati.

Dulu Afiqa hanya bekerja di sebuah kafe yang terletak di bandar . Kafe itu adalah Kafe Teratak Anjung. Namun kini, sejak papa kesayangannya telah membuka syarikat baharu dia telah dilantik untuk menjadi setiausaha syarikat itu. Sedangkan Afina hanya bekerja di supermarket Big Top sahaja. Sejak akhir-akhir ini , Afiqa sering membawa Tiara rakan sepejabatnya untuk tinggal bersama dengan Afina di rumah mereka.  Tiara merupakan anak orang yang berada dan mempunyai ciri-ciri yang sangat istimewa jika dibandingkan dengan Afina. Afina berasa tak nyaman jika Tiara ada di rumah pada setiap malam kerana dia tidak dapat untuk meluangkan masa dan bermesra bersama dengan Afiqa seperti sebelum ini . Tiara sangat menyukai Afiqa, sehinggakan Tiara tidak suka jika Afiqa selalu bersama Afina. Tiara tidak menyukai Afina kerana penampilannya seperti gadis kampung. Tiara berasa  sangat benci dengan Afina. Lalu Tiara mempunyai niat untuk menghancurkan persahabatan Afiqa dan Afina . Padahal Afiqa dan Afina sudah bertahun-tahun tahun bersahabat, sehingga mereka menganggap bahawa mereka itu  bersaudara.

Tiara sering membuat Afiqa dan Afina bertengkar sehingga akhirnya Afina   berpindah rumah disebabkan hanya kerana hal yang kecil.  Ini semua disebabkan daripada hasil kerja Tiara yang sering menjadi batu api dan menghasut Afiqa sehingga Afiqa berasa marah kepada Afina walaupun tidak bersalah. Afina meninggalkan rumah itu selama 2 minggu dengan hati yang berat.  Afina dan Afiqa tidak pernah berhubung lagi sejak akibat niat jahat Tiara untuk memisahkan mereka berdua. Hari demi hari, Afiqa berasa sudah tidak nyaman dengan sikap Tiara yang mementingkan diri dan berubah srkelip mata tidak seperti dahulu.  Hari makin hari, Afiqa berfikir bahawa Tiara itu hanya ingin mengambil peluang dan mempergunakan Afiqa sahaja. Setiap kali pulang dari tempat kerja, Tiara akan mengajak Afiqa untuk membelanja Tiara dengan wang Afiqa sendiri.

Akhirnya Afiqa telah mendapat kesedaran , Tiara hanya menggunakannya sahaja dan Tiaralah yang telah merancang niat jahat agar persahabatan Afiqa dan Afina hancur agar Tiara dapat bersama dengan Tiara agar dia mudah untuk mempergunakan Afiqa. Petang itu sahaja apabila Tiara sudah pulang ke rumah, Afiqa terus menghalau Tiara serta memarahinya habis-habisan. Afina mengunjungi rumah orang ibu bapa Afina, iaitu tempat tinggal Afina sekarang dan meminta maaf dengan Afina supaya dia dapat memaafkan Afiqa serta membawa kembali Afina ke rumah bujangnya yang dulu dan agar mereka dapat menjadi sahabat untuk selamanya. Afiqa berasa sangat bersalah kerana tidak mempercayai sahabat sejatinya itu berbanding teman barunya. Afiqa berfikir bahawa lebih indah mendapat sahabat yang seteruk apa pun dia, tetapi hatinya tak seburuk itu.

Sedih kau sedih aku juga

Aku menangis di sebalik kegembiraan dan senyumanku, aku dapat mengharungi di depannya tetapi rapuh di sebaliknya. Aku menguatkan genggaman tetapi mereka yang ku harapkan seolah-olah tak memahami kesedihan yang ku alami. Segala pengorbanan yang aku berikan sungguh cepat diabaikan tetapi sedikit kesalahan begitu mudah untuk selalu mereka kenang. Inilah yang dinamakan dugaan di dalam persahabatan.

Shira merupakan seorang gadis berhijab dengan kulit berkulit
kuning langsat yang berumur 17 tahun. Matahari telah pun terbit menyinari suasana keindahan pagi, jam telah menunjukkan pukul 7:00 pagi, aku bangun dari tempat tidurku dan bergegas menyiapkan diri ku untuk ke sekolah.

Hari ini aku tidak boleh terlambat seperti hari yang sebelum ini kerana hari ini mempunyai peperiksaan terpenting di dalam diriku iaitu peperiksaan SPM. Tiba saja di pintu pagar kelihatan para pengawas serta guru bertugas sudah bersiap sedia untuk menahan para pelajar. Aku berasa terkedu ketika itu dan berdoa agar tidak mendapat slip lewat. Akhirnya alhamdulillah aku bersyukur kerana aku telah dilepaskan.

Pabila kakiku telah tiba di hadapan pintu bilik peperiksaan ku iaitu bilik 06RS , mata ku meliar mencari tempat duduk . Hatiku berasa resah kerana duduk berjauhan dengan sahabat karibku yang bernama Hanifah kerana turutan meja disusun mengikut nombor angka giliran. Tapi tidak mengapa aku dan dia masih boleh berbisik-bisik untuk mencari jawapan. Hmmm aku tahu cara yang dilakukakan ini merupakan kesalahan disiplin tapi mahu buat bagaimana lagi , aku dan dia sudah terbiasa dengan kelakuan seperti itu. Aku dengan Hanifah seribg dianggapkan seperti sepasang saudara kembar kerana kita sering bersama.

Mata pelajaran peperiksaan SPM yang pertama iaitu subjek Sejarah telah selesai dijawab, bagi aku mata pelajaran ini cukup susah kerana guru yang mengajarku sering menyuruh anak muridnya untuk belajar sendiri secara berkumpulan. Dalam diam tadi aku telah beraksi meniru rakan sebelahku. Aku menyigung tangan rakan di sebelahku iaitu Sakinah, tetapi Sakinah ini bukan orang yang jenisnya suka memberi jawapan kepada orang lain.  Tapi disebabkan aku kelihatan pada masa itu sungguh terdesak kerana hanya tinggal 10 minit sahaja untuk menjawab soalan dengan itu Sakinah telah memberikan jawapannya kepadaku. Hanifah yang selang tiga baris dengan aku telah memberi petunjuk iaitu "no .27" namun aku hanya mengabaikannya kerana jawapan itu adalah jawapan daripada Sakinah. Aku tahu Sakinah tambah tidak suka jikalau jawapan yang diberi dikongsi bersama orang lain .

Selesai sahaja keluar dari bilik peperiksaan , Hanifah hanya menabaikan diriku walaupun aku telah menegurnya. Aku sungguh tidak menyangka bahawa hal tadi telah membuat Hanifah marah dan berdendam pada diriku. Sehingga lah tibanya waktu tamat  persekolahan , aku sangkakan dia menunggu untuk pulang bersama seperti biasa tetapi dia hanya meninggalkan diriku pulang keseorangan.

Hari itu aku tiba lambat di rumah kerana berjumpa dengan teman mesra aku. Pabila tiba saja di kamar bilikku aku terus menggapai telefonku lalu menghantar mesej dan meminta maaf kepada nya. Namun apakan daya , dia hanya meninggalkan bluetick saja pada mesej tersebut iaitu membaca tetapi tidak membalas. Walaupun dilakukan sebegitu aku tidak berputus asa, aku tetap menghantar beratus-ratus mesej kepadanya sehingga dia memberi respon.

“Tak apa, kau tak payah minta maaf sebab kau tak bersalah,semua ni berpunca daripada aku"
Lalu membalasnya lagi
"Kau marah kat aku kan , tolong maafkan aku sebab aku terlalu ikut perasaan tadi"
Hanifah  membalasnya dengan kata- kata yang membuat aku terluka.

“Aku tak marah dengan kau, tapi aku kecewa dengan sikap kau tadi,  tapi tak mengapa sebab aku dah terlatih dengam perasaan seperti ini,”  detik hatiku berkata. Aku memikirkan apa yang telah aku lakukan di sekolah tadi. Lantas aku membalas kepadanya "aku tak bermaksud seperti mana yang kau cakap tadi, sebenarnya aku pening macam mana aku nak kasi jawapan tu kat kau tanpa diketahui oleh Sakinah. Aku minta maaf "

Aku tidak menyangka hanya kerana hal sekecil itu dia telah mengabaikanku, aku terus menunggu respon mesej jawapanku dari Sakinah. Tak lama selepas itu ada mesej baru tiba di cermin handfonku dan itu mesej daripada Sakinah. Aku bergegas membukanya, “Tak perlu salahkan diri kah kerana aku yang salah sebab terlalu berharap dengan kawan seperti kau, sahabat macam apakah ini? Apakah ini namanya sahabat?"  Aku terdiam membaca mesejnya.  Apakah maksud tersirat mesej dia sehingga mengatakan hal seperti itu, aku tidak mampu membalas mesejnya lagi.

Apakah ini tanda-tanda persahabatan aku dan dia harus berakhir sampai di sini, kata-katanya seolah-olah tidak ingin berharap lagi aku agar menjadi sahabatnya. Bagi aku dialah sahabatku yang terbaik, sahabat yang selalu menghapuskan air mataku tapi sekarang sampai hatinya ia mengatakan hal seperti itu. Aku rela mendahulukannya banding diriku sendiri tapi disebabkan hal seperti ini dia telah mengabaikanku. Dia masih sahabatku atau bukan lagi, saat ini aku harus berjalan sendiri tanpa dia lagi di sampingku atau nantinya ia akan kembali padaku ,aku pun tidak tahu hal itu. Aku akan cuba memahami yang dia minta agar aku tidak membuatnya terlalu berharap dengan diriku lagi.

Aku harap semoga hal ini membuatnya menjadi lebih baik dan lebih senang. Sahabat yang menghapus air mataku dulunya kini ia yang membuatnya mengalir. Sahabatku jika kesalahanku sudah membuatmu penat untuk selalu bersama dengan diriku maka aku akan yang menjauhkan diri agar aku tidak menjadi orang yang membuatmu terseksa. Kenangan dan tawa kita semoga akan terbangun kembali lagi pada masa akan datang. Walaupun kita nanti tidak terlihat seperti sepasang sahabat lagi, tapi dalam hatiku engkau masih sahabatku. Aku senang kau ada dalam kisahku. Aku sayang kau Sahabat...
✋😢