Terdapat dua orang gadis yang sangat akrab . Persahabatan mereka dijalinkan sejak mereka berumur 6 tahun. Sehinggalah mereka meningkat dewasa iaitu tika berumur 24 tahun mereka tidak pernah berpisah, jikalau bergaduh pun hanya untuk seketika waktu sahaja . Namun kini mereka telah membawa haluan masing-masing walaupun tinggal serumah. Mereka mempunyai karakter yang berbeza , Afina merupakan gadis biasa yang tidak begitu cantik rupanya tetapi kariernya dan hatinya berjaya menawan hati seseorang. Sedangkan Afika pula merupakan perempuan yang sangat istimewa. Dia cantik orang , rambutnya berkerinting dan berkulit ala-ala minah salleh tetapi cantik, memiliki rambut yang keriting, tetapi kariernya sangat berbeza dengan wajahnya . Dia merupakan seorang yang suka orang untuk mendengar kata-katanya dan kuat terasa hati.
Dulu Afiqa hanya bekerja di sebuah kafe yang terletak di bandar . Kafe itu adalah Kafe Teratak Anjung. Namun kini, sejak papa kesayangannya telah membuka syarikat baharu dia telah dilantik untuk menjadi setiausaha syarikat itu. Sedangkan Afina hanya bekerja di supermarket Big Top sahaja. Sejak akhir-akhir ini , Afiqa sering membawa Tiara rakan sepejabatnya untuk tinggal bersama dengan Afina di rumah mereka. Tiara merupakan anak orang yang berada dan mempunyai ciri-ciri yang sangat istimewa jika dibandingkan dengan Afina. Afina berasa tak nyaman jika Tiara ada di rumah pada setiap malam kerana dia tidak dapat untuk meluangkan masa dan bermesra bersama dengan Afiqa seperti sebelum ini . Tiara sangat menyukai Afiqa, sehinggakan Tiara tidak suka jika Afiqa selalu bersama Afina. Tiara tidak menyukai Afina kerana penampilannya seperti gadis kampung. Tiara berasa sangat benci dengan Afina. Lalu Tiara mempunyai niat untuk menghancurkan persahabatan Afiqa dan Afina . Padahal Afiqa dan Afina sudah bertahun-tahun tahun bersahabat, sehingga mereka menganggap bahawa mereka itu bersaudara.
Tiara sering membuat Afiqa dan Afina bertengkar sehingga akhirnya Afina berpindah rumah disebabkan hanya kerana hal yang kecil. Ini semua disebabkan daripada hasil kerja Tiara yang sering menjadi batu api dan menghasut Afiqa sehingga Afiqa berasa marah kepada Afina walaupun tidak bersalah. Afina meninggalkan rumah itu selama 2 minggu dengan hati yang berat. Afina dan Afiqa tidak pernah berhubung lagi sejak akibat niat jahat Tiara untuk memisahkan mereka berdua. Hari demi hari, Afiqa berasa sudah tidak nyaman dengan sikap Tiara yang mementingkan diri dan berubah srkelip mata tidak seperti dahulu. Hari makin hari, Afiqa berfikir bahawa Tiara itu hanya ingin mengambil peluang dan mempergunakan Afiqa sahaja. Setiap kali pulang dari tempat kerja, Tiara akan mengajak Afiqa untuk membelanja Tiara dengan wang Afiqa sendiri.
Akhirnya Afiqa telah mendapat kesedaran , Tiara hanya menggunakannya sahaja dan Tiaralah yang telah merancang niat jahat agar persahabatan Afiqa dan Afina hancur agar Tiara dapat bersama dengan Tiara agar dia mudah untuk mempergunakan Afiqa. Petang itu sahaja apabila Tiara sudah pulang ke rumah, Afiqa terus menghalau Tiara serta memarahinya habis-habisan. Afina mengunjungi rumah orang ibu bapa Afina, iaitu tempat tinggal Afina sekarang dan meminta maaf dengan Afina supaya dia dapat memaafkan Afiqa serta membawa kembali Afina ke rumah bujangnya yang dulu dan agar mereka dapat menjadi sahabat untuk selamanya. Afiqa berasa sangat bersalah kerana tidak mempercayai sahabat sejatinya itu berbanding teman barunya. Afiqa berfikir bahawa lebih indah mendapat sahabat yang seteruk apa pun dia, tetapi hatinya tak seburuk itu.
No comments:
Post a Comment